Ahad, 13 Februari 2011

Bahasa Melayu : Suku Kata (KV+KV)

Set kemahiran ini dibina dengan menggunakan pelbagai aplikasi secara dalam talian berasaskan masalah lazim terdahap penguasaan kemahiran asas mata pelajaran Bahasa Melayu Bersepadu Sekolah Rendah bagi tahap satu. 
Fokus set kemahiran pengajaran dalam talian ini ialah mengenai penguasaan suku kata bagi KV+KV (Tahun 1/2). 
Bahan-bahan yang disediakan bersesuaian kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid di dalam kelas atau di luar kelas.
Dalam laman ini terdapat :
untuk kegunaan guru dan murid-murid.  

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Suku kata
Kemahiran : KV+KV

Aktiviti :
1. Menyebut nama benda dalam gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2. Menyatu dan memadankan dua suku kata berdasarkan gambar.
3. Membaca kad padanan.
4. Mengisi suku kata awalan atau akhiran yang tertinggal berdasarkan gambar.
5. Menulis perkataan berdasarkan gambar.
6. Membina, membaca, dan menulis perkataan dari kad suku kata.



Modul Dalam Talian untuk PGT436E

Blog Mari Belajar ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengajaran guru dan murid-murid terutamnya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu kemahiran Suku Kata KV+KV.

Kemudahan yang disediakan ialah :
Nota kepada guru untuk pengajaran berupa paparan slide dan boleh di muat turun ke komputer untuk memudahkan pengajaran jika tidak terdapat talian internet.

 Aktiviti : bahagian ini memudahkan guru bersama murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya di dalam kelas dan jika di rumah bersama ibu bapa dan anak-anak.

Latihan : bahagian ini memberi peluang guru menguji kefahaman murid secara terus berkenaan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan iaitu suku kata KV+KV.

Selain itu terdapat juga bahagian Pendidikan dan Pendidikan Khas yang memberi sedikit maklumat berkenaan pendidikan di Malaysia terutamanya rujukan kepada guru dan ibu bapa.

Bahagian Permainan disediakan untuk menarik minat murid-murid untuk mengukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran.

Sabtu, 15 Januari 2011

Let's Learn

This blog especilly for Project PGT436E.. Have enjoy it...