Set kemahiran ini dibina dengan menggunakan pelbagai aplikasi secara dalam talian berasaskan masalah lazim terdahap penguasaan kemahiran asas mata pelajaran Bahasa Melayu Bersepadu Sekolah Rendah bagi tahap satu.
Fokus set kemahiran pengajaran dalam talian ini ialah mengenai penguasaan suku kata bagi KV+KV (Tahun 1/2).
Bahan-bahan yang disediakan bersesuaian kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid di dalam kelas atau di luar kelas.
Dalam laman ini terdapat :
untuk kegunaan guru dan murid-murid.
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Suku kata
Kemahiran : KV+KV
Aktiviti :
1. Menyebut nama benda dalam gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2. Menyatu dan memadankan dua suku kata berdasarkan gambar.
3. Membaca kad padanan.
4. Mengisi suku kata awalan atau akhiran yang tertinggal berdasarkan gambar.
5. Menulis perkataan berdasarkan gambar.
6. Membina, membaca, dan menulis perkataan dari kad suku kata.