Ahad, 13 Februari 2011

Modul Dalam Talian untuk PGT436E

Blog Mari Belajar ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengajaran guru dan murid-murid terutamnya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu kemahiran Suku Kata KV+KV.

Kemudahan yang disediakan ialah :
Nota kepada guru untuk pengajaran berupa paparan slide dan boleh di muat turun ke komputer untuk memudahkan pengajaran jika tidak terdapat talian internet.

 Aktiviti : bahagian ini memudahkan guru bersama murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya di dalam kelas dan jika di rumah bersama ibu bapa dan anak-anak.

Latihan : bahagian ini memberi peluang guru menguji kefahaman murid secara terus berkenaan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan iaitu suku kata KV+KV.

Selain itu terdapat juga bahagian Pendidikan dan Pendidikan Khas yang memberi sedikit maklumat berkenaan pendidikan di Malaysia terutamanya rujukan kepada guru dan ibu bapa.

Bahagian Permainan disediakan untuk menarik minat murid-murid untuk mengukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran.

1 ulasan:

  1. terima kasih kerana berkongsi maklumat disini. maklumat dan ilmu di laman ini sangat berguna dan membantu saya mengajar dan membuat aktiviti yang lebih menarik bersama pelajar

    BalasPadam